25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pegawai kematian suami, isteri dibenarkan BDR – KPPA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA ketua jabatan diwajibkan untuk membenarkan pegawainya yang baru kematian suami atau isteri untuk bekerja dari rumah (BDR) sebaik sahaja tempoh tiga hari cuti tanpa rekod (CTR) tamat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata, penambahbaikan peraturan itu dilaksanakan melalui Dasar Bekerja Dari Rumah yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.2 : Dasar Bekerja Dari Rumah yang berkuat kuasa hari ini.

Menurut beliau, penambahbaikan peraturan berkenaan juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam.

“Tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi dua minggu termasuk hari kelepasan mingguan, hari rehat mingguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan.

“Dalam tempoh BDR itu, ketua jabatan perlu menetapkan tugasan yang bersesuaian kepada pegawai berkenaan serta memantau pelaksanaan tugasan yang diberikan,” katanya hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Facebook rasminya memaklumkan mengenai surat edaran Penambahbaikan Dasar BDR bagi pegawai perkhidmatan awam bertarikh hari ini.

Perkongsian berkenaan mendapat respon positif daripada pengguna Facebook terdiri dari penjawat awam.

Rata-ratanya berpendapat perkeliling baharu berkenaan sangat membantu penjawat awam serta meluahkan kelegaan mereka.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan