32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pelakon dalam video kontroversi disiasat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON yang terbabit dengan perkongsian video memaparkan adegan drama rantaian yang tular baru-baru ini, akan disiasat.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan beliau di Twitter hari ini.

Beliau berkata, proses undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dikuatkuasakan terhadap pelakon terbabit kerana kerana menyalahi undang-undang.

“Yang pasti adegan seperti dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk ditayang sama ada pada bulan Ramadan atau bulan yang lain.

“Jagalah nilai dan budaya,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkongsian video oleh seorang pelakon terkenal, sebelum menjadi tular dan mendapat tentangan ramai pihak baru-baru ini.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menentang keras penyiaran drama yang dikaitkan dengan penyiaran video itu yang bakal ditayangkan Ramadan ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata berdasarkan penelitian pihaknya, penyiaran program seumpama itu jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan norma masyarakat dan hukum syarak.

JAKIM menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu terbabit kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya tindakan tegas dapat diambil segera.-Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan