31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

35.7 peratus populasi kanak-kanak telah terima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,267,491 individu atau 35.7 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Berdasarkan data COVIDNOW, sejumlah 15,507,221 individu dewasa atau 65.9 peratus daripada populasi kumpulan itu pula di negara ini sudah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Seramai 22,944,111 atau 97.5 peratus daripada populasi sama sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,220,067 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,844,722 individu atau 91.4 peratus daripada populasi itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,942,850 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 28,360 dos diberikan meliputi 4,848 dos pertama; 1,651 dos kedua dan 21,861 dos penggalak, menjadikan kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,515,709.

Dalam pada itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sejumlah 63 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor tertinggi iaitu 14 kes, diikuti Selangor 13 kes, Perak (12) dan Kedah (empat).

Selain itu, tiga kes dilaporkan masing-masing di Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur diikuti Melaka, Sabah dan Terengganu dengan dua kes masing-masing, serta satu kes dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Labuan.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan