24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

DBKL teliti cadangan laksana had laju kenderaan di Kuala Lumpur

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berhubung pelaksanaan had laju kenderaan 30km/j dan 50km/j di pusat bandar di ibu negara.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihaknya menyambut baik cadangan itu kerana ianya akan meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan pengguna jalan raya yang lain seperti penunggang basikal dan pejalan kaki.

Menurut beliau, mengikut jadual dikemukakan, bermula April ini, pembentangan akan dibuat kepada DBKL untuk mendapatkan kelulusan dan keputusan tepat.

“… jika dipersetujui, maka ia akan diputuskan dan dilaksanakan pada Sept 2022. Kawasan yang terlibat hanya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai had kelajuan 60km/j dan 40km/j, manakala jalan-jalan yang telah diwartakan had kelajuan 70km/j dan 80km/j tidak terlibat dalam kajian dan penelitian cadangan ini,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya mengenai pendirian DBKL terhadap cadangan MIROS untuk melaksanakan had laju kenderaan dengan kelajuan 30kmj hingga 50kmj di kawasan-kawasan terpilih mengikuti jejak langkah Bandaraya Paris yang mewartakan had laju tersebut pada Ogos 2021.

Jalaluddin ketika ditanya mengenai pelan DBKL dalam mengatasi kesesakan lalu lintas sebelum pelaksanaan tersebut menyatakan pihaknya sudah mengenal pasti beberapa penambahbaikan.

Advertisements

“Sistem lampu isyarat perlu ditambah baik. Sekarang ini kita ada dua sistem, kita ada sistem yang mengawal trafik di kawasan bandaraya dan satu lagi sistem yang mengawal trafik di pinggir bandar.

“Kedua-dua ini dikawal pusat kawalan Kuala Lumpur maka DBKL sedang meneliti untuk memutuskan bagi integrasi sistem trafik bagi membantu mengawal kesesakan lalu lintas,” katanya.

Jalaluddin juga menyatakan sistem pengangkutan awam mempunyai masalahnya tersendiri.

“Lambakan kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur hampir 2 juta sekarang, maka kesesakan bertambah, dan jajaran jalan raya yang ada di tidak mampu untuk ditambah dan diluaskan kerana sudah padat.

“Maka DBKL telah melakukan beberapa pembaikan, menaiktaraf laluan pertama daripada rumah ke pusat pengangkutan awam dan laluan akhir daripada hentian pusat pengangkutan awam ke pejabat masing-masing,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan