27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 31, 2023

Tiga pemimpin politik positif Covid-19 dalam tempoh dua hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA pemimpin parti politik di negara ini disahkan positif Covid-19 dalam dua hari berturut-turut.

Terbaharu hari ini pemimpin berkenaan ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP, Lim Kit Siang yang menjalani ujian Rt-PCR yang di di Parlimen.

Manakala, semalam pula, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah.

Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang Shukri Saad menyatakan Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, semua Ahli Parlimen serta pegawai bertugas diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan bagi mengawal penularan Covid-19.

Sementara itu dalam satu hantaran di Facebook, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut berkongsikan maklumat berhubung
Kit Siang disahkan positif Covid hari ini.

“Saya doakan beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.

“Tapi saya perhatikan Kit Siang banyak berpeluk dengan geng-geng DAP semalam,” kongsinya hari ini.

Baca juga:   Cukai Yayasan Albukhary: MoF buat laporan polis

Beliau bagaimanapun mempersoalkan tindakan KKM yang menyaman artis di Anugerah Juara Lagu (AJL) disebabkan berpeluk tetapi tidak mengambil langkah yang sama ke atas DAP.

“Saya tak berniat jahat tapi geng inilah yang paling seronok tuduh saya langgar SOP sehingga KJ (Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin) saman saya banyak kali.

Baca juga:   6 pegawai, anggota polis didakwa bunuh pemandu e-hailing

“Lebih elok juga ahli-ahli parlimen DAP yang berpeluk dengan Kit Siang semalam kuaratin kendiri dan jangan datang parlimen.

“Silap-silap seluruh Dewan dijangkit mereka.

“Apapun, saya juga doakan kesemua mereka selamat daripada dijangkiti,” kongsinya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

RM51.8 juta hasil jualan inovasi menerusi NTIS

SEBANYAK RM51.8 juta hasil jualan inovasi tempatan dijana melalui Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS). NTIS diterajui oleh Kementerian Sains,...

Lagi Artikel Berkaitan