27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Perlis benar kehadiran jemaah tanpa terikat status vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan jemaah di negeri ini menyertai aktiviti pengimarahan masjid tanpa terikat dengan status vaksinasi, susulan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kanak-kanak juga dibenarkan hadir menunaikan solat dan mengikuti aktiviti pengimarahan masjid.

Bagaimanapun, baginda berkata, larangan tetap dikenakan terhadap individu yang dijangkiti atau disyaki dijangkiti COVID-19.

“Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan sebagainya kekal dilarang untuk hadir ke masjid,” titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan MAIPs hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, jemaah turut dibenarkan menunaikan solat tanpa penjarakan fizikal, tetapi bagi aktiviti lain seperti kuliah agama masih diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.

Baca juga:   Solat Jumaat di KL, Putrajaya, Labuan dibenar separuh masjid

“Beta berharap Fasa Peralihan Ke Endemik ini menjadi permulaan baharu kepada semua untuk menempuh normalisasi pasca-COVID nanti,” titah baginda.-Bernama

Wartawan

Terkini

Umrah dibenarkan hanya sekali pada bulan Ramadan

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah tidak dibenarkan mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan...

Lagi Artikel Berkaitan