31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

17,828 kes baharu, 407 kes import

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 di negara ini semalam merekodkan sejumlah 17,828 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 4,010,952 kes.

Laman sesawang COVIDNOW melaporkan kes COVID-19 dikesan semalam itu membabitkan 17,421 kes penularan tempatan dan 407 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 263,821 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.7 peratus atau 255,133 sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Ia diikuti 6,883 kes dirawat di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (1,447), Unit Rawatan Rapi (ICU) (159) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (199).

Sementara itu, memperincikan kes semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 51.16 peratus atau 9,121 kes adalah pesakit COVID-19 yang dikesan dalam kategori satu serta 8,551 kes (47.96 peratus) dalam kategori dua.

“Ia diikuti kategori tiga (55 kes), kategori lima (53 kes) dan kategori empat (48 kes). Secara keseluruhannya daripada 156 kes dalam kategori tiga hingga lima itu, sejumlah 109 kes atau 69.87 peratus membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas.

Advertisements

“Selain itu 91 kes dilapor membabitkan individu mempunyai komorbid sudah menerima dua dos vaksin, namun tiada dos penggalak (64 kes), menerima dos penggalak (59 kes) dan tidak divaksin atau belum lengkap vaksin (33 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, semalam pihaknya mengesan dua kluster baharu penularan COVID-19, menjadikan keseluruhan 292 kluster masih aktif di negara ini.

Beliau turut memaklumkan, setakat semalam sebanyak 28,003 kes sembuh dilaporkan, sekali gus mengatasi jumlah kes baharu direkodkan setakat tengah malam tadi. Perkembangan itu menjadikan sehingga kini 3,712,668 individu sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, lima negeri mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus iaitu Kuala Lumpur (63 peratus), Kelantan (58 peratus), masing-masing 57 peratus dilaporkan di Johor dan Selangor serta Perak (51 peratus).

“Bagi katil bukan ICU, sembilan negeri mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus iaitu Selangor (89 peratus), Putrajaya (88 peratus), Terengganu (78 peratus), Kuala Lumpur (75 peratus) dan masing-masing 68 peratus di Perak dan Melaka.

“Negeri lain iaitu Perlis dengan kegunaan mencecah 66 peratus, Sarawak (56 peratus) dan Kelantan (50 peratus), manakala tiada negeri catat penggunaan katil melebihi 50 peratus di PKRC,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan