24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Masa tunggu dan lihat sudah tamat – Khairy

Beliau sedih hanya 30 peratus kanak-kanak mendapatkan suntikan pelali Covid-19 setakat ini sedangkan kes semakin meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“MASA tunggu dan lihat sudah tamat,” tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang merujuk perkembangan peratusan vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak yang masih rendah.

Beliau melahirkan rasa sedih kerana sehingga setakat ini hanya 30 peratus daripada populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun mendapat suntikan vaksin.

“Saya berasa amat sedih kerana vaksinasi untuk kanak-kanak ini masih rendah.

“Setakat ini, hanya 30 peratus kanak-kanak mendapatkan pelalian itu sedangkan kes semakin meningkat.

“Masa tunggu dan lihat ini sudah tamat. Ibu bapa masih belum membuat pilihan untuk memberikan vaksinasi kepada anak mereka,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu Khairy mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) pengembara yang tidak lengkap atau tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, menjelang pembukaan sempadan negara mulai 1 April ini.

Beliau berkata, pengembara kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun ke bawah tanpa mengira status vaksinasi tidak lagi perlu menjalani kuarantin susulan pelaksanaan Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April ini.

Advertisements

Bagaimanapun, mereka perlu menjalani ujian RTK antigen (RTK-Ag) sebaik tiba di Malaysia bagi menentukan keadaan kesihatan semasa.

“Bagi pengembara yang sedang menjalani kuarantin, sebagai contoh katakan individu itu tiba pada 29 Mac, tempoh kuarantin mereka akan berakhir pada 1 April.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang belum lengkap vaksinasi atau tiada langsung vaksinasi, perlu menjalani kuarantin selama lima hari selain perlu mematuhi syarat ditetapkan Malaysia sebaik menamatkan tempoh kuarantin,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pembukaan premis kelab malam kata beliau, premis berkenaan masih tidak dibenarkan untuk beroperasi biarpun fasa peralihanke endemik, 1 April ini.

Ini kerana, jelas beliau, premis hiburan seperti itu berisiko tinggi kepada penularan COVID-19.

“Bermula 1 April ini, satu jenis premis saja yang akan berada dalam senarai negatif iaitu kelab malam. Ia premis yang berisiko tinggi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan