30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Guru interim BI dilantik ke jawatan tetap jika lulus syarat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GURU interim Bahasa Inggeris (BI) yang tamat tempoh lantikan pada 21 April ini akan dilantik ke jawatan tetap sekiranya didapati lulus syarat serta temuduga yang ditetapkan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, mulai tahun ini, urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) baharu bagi opsyen BI perlu mengambil kira penguasaan bahasa Inggeris calon pada tahap proficient, iaitu tahap Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) C1.

Menurut beliau, berdasarkan ketetapan tersebut, guru interim Bl yang dilantik pada 22 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April ini serta telah memenuhi syarat CEFR C1 dan lulus temuduga akan dilantik tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP).

“Dalam masa yang sama, bagi guru interim Bl yang akan tamat tempoh lantikan interim pada 21 April ini tetapi tidak memenuhi syarat CEFR C1, mereka akan turut ditemu duga untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun Radzi menegaskan, mereka perlu mencapai tahap CEFR C1 dalam tempoh percubaan, iaitu satu hingga tiga tahun bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Menurut beliau, KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kompetensi guru Bl bagi memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Malah menurutnya, KPM juga komited memastikan nasib guru interim berkenaan terbela.

“Perbincangan telah dilakukan dengan SPP bagi mencari penyelesaian agar kumpulan guru interim ini diberikan lantikan tetap.

“Semoga ketetapan ini membantu melancarkan lagi pengoperasian sekolah, khususnya sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

Ini secara langsung ujarnya akan meningkatkan tahap penguasaan murid dalam BI seperti yang diaspirasikan berdasarkan piawaian antarabangsa CEFR.

Untuk rekod, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan bahawa setiap murid yang melalui sistem pendidikan di Malaysia perlu mahir dan fasih berbahasa Melayu serta mahir berbahasa Inggeris pada tahap independent proficiency seperti yang ditakrifkan oleh CEFR.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan