26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

KKM rampas produk kesihatan tidak berdaftar hampir RM24 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAHAGIAN Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) merampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM23,956,851 menerusi serbuan di 1,332 premis sepanjang 2021 hingga 31 Jan tahun ini.

Menurut jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam, KKM memaklumkan serbuan berterusan ke atas premis-premis atau penjual tersebut berdasarkan pemantauan dalaman dan pengesahan ke atas aduan yang diterima daripada orang awam.

“Syarikat atau individu yang didapati memiliki atau menjual produk kesihatan tidak berdaftar akan disiasat dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Jualan Dadah 1952,” menurut KKM.

KKM menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang mahu kementerian itu menyatakan pemantauan penjualan ubat-ubatan dalam talian memandangkan masih banyak produk berbahaya dan tidak berdaftar diiklankan secara berleluasa.

KKM memberitahu Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga meningkatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan melibatkan pengiklanan dan penjualan ubat tidak berdaftar secara dalam talian.

Advertisements

Sejak 2020, pihak syarikat pengendali platform telah diarahkan untuk menyekat sebarang produk ubat-ubatan tidak berdaftar dan sebanyak 8,145 iklan produk tidak berdaftar telah diarahkan untuk diturunkan di platform e-dagang dalam negara sepanjang 2021.

“Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga terlibat dalam operasi dan aktiviti antarabangsa yang memberi tumpuan kepada laman sesawang dan media sosial yang menawarkan ubat-ubatan yang berbahaya.

“Ia seperti Operasi Pangea, Projek Energia dan penyediaan Toolkit to Combat Illegal Internet Medical Product Sales.

“Begitu juga kerjasama dengan pihak Interpol (Polis Antarabangsa) dan agensi penguatkuasaan lain dalam dan luar negara juga diadakan secara berkala bagi memastikan ubat-ubatan yang dijual secara dalam talian tidak dapat dibawa masuk ke Malaysia,” menurut KKM. – Bernama

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan