26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

Polis tahan 10 ‘ah long’ dalam talian termasuk 4 wanita

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI enam lelaki dan empat wanita ditahan polis dipercayai terbabit dalam kegiatan pemberi pinjaman wang atau ‘ah long’ secara dalam talian, dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Empat, Nibong Tebal, Pulau Pinang dua hari lalu.

Ops Vulture berkenaan telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan dan telah menyerbu premis berkenaan.

Beliau berkata, 10 individu berusia 18 hingga 30 tahun berada di situ semasa serbuan, dan pemeriksaan dalam premis itu membawa kepada penemuan beberapa peralatan elektronik mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis mengesyaki premis itu digunakan untuk kegiatan memberi pinjaman wang secara dalam talian tanpa lesen dan pusat panggilan bagi kegiatan mengutip hutang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Majikan pukul pengawal terlibat sindiket ah long, judi haram

Katanya, dalam serbuan itu polis merampas komputer riba dan telefon bimbit pelbagai jenama serta kad pra bayar yang kesemuanya dipercayai digunakan untuk kegiatan memberi pinjaman secara dalam talian.

Lee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan dalang sindiket itu yang dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara berpindah-randah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Semua 10 individu itu dipercayai bekerja dengan sindiket berkenaan dan kami masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejak bila mereka beroperasi. Polis tidak menolak kemungkinan peminjamnya bukan sahaja di Pulau Pinang malah beberapa negeri lain juga, ” katanya.

Baca juga:   Jumlah katil kategori 3,4,5 meningkat di Selangor

Beliau berkata, semua 10 individu yang ditahan itu kini direman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dua produk Mi Sedaap ada racun tiada di Malaysia – KKM

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa dua produk jenama Mi Sedaap keluaran Indonesia yang diharamkan di Singapura semalam ada diimport...

Lagi Artikel Berkaitan