29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kelab malam belum dibenar beroperasi – Khairy

Kekal menjadi premis yang berisiko tinggi dalam fasa peralihan endemik kerana ‘particular nature’ di dalamnya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KELAB malam kekal menjadi satu-satunya premis yang masih tidak dibenarkan untuk dibuka serta beroperasi semasa fasa peralihan endemik 1 April ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hanya satu premis sahaja yang akan berada dalam senarai negatif dan tidak dibenarkan untuk dibuka iaitu kelab malam.

Menurut beliau, kelab malam kekal menjadi premis yang berisiko tinggi dalam fasa peralihan endemik kerana particular nature di dalam kelab malam tersebut.

“1 April nanti hanya ada satu premis sahaja yang masih tidak boleh dibuka, kelab malam.

“Ia merupakan premis yang berisiko tinggi walaupun dalam peralihan endemik,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, kelab malam tidak dibenarkan beroperasi sejak awal penutupan pada Mac 2020.

Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

“Had waktu operasi bagi premis perniagaan turut dimansuhkan dan pemilik premis dibenar menjalankan waktu perniagaan mengikut syarat lesen masing-masing pada 1 April ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan