24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penyelidik perlu ketengahkan R&D inovasi agromakanan

Benih padi berkualiti membantu manambah pengeluaran hasil padi dan meningkatkan tahap sara diri negara

Mesti Baca

PARA penyelidik tempatan dalam pelbagai bidang diminta tampil mengetengahkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mengembleng tenaga bagi membangunkan inovasi agromakanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dapat membantu mmpertingkatkan produktiviti terutama industri padi melalui teknologi terkini bagi mendepani cabaran serta memperkasa keupayaan.

Sebagai contoh, beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memberi dana penyelidikan kepada syarikat pengeluar padi sah di Sekinchan, Selangor untuk menghasilkan benih sah yang berkualiti tinggi.

Katanya, penyelidikan tersebut dijalankan dengan kerjasama Agensi Nuklear bagi membangunkan Loji Pengeluaran Benih Asas Padi IS21 mengikut piawaian prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa.

“Semasa saya di Kementerian Pertanian, terdapat beberapa cadangan untuk menghasilkan benih padi yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan pendapatan petani dan pesawah.

“Saya melihat terdapat dua jenis benih padi. Pertama, jenis benih padi yang tahan jika ditenggelami air. Di beberapa negara seperti Filipina dan India sudah ada. Sekiranya berlaku banjir sekali pun, tanaman padi tidak akan rosak jika ditenggelami air.

“Yang kedua, jenis benih padi yang tidak menggunakan air yang banyak. MARDI telah menjalankan kajian ini, di mana padi itu tidak memerlukan air yang banyak seperti penggunaan tali air. Ia hanya memerlukan sprinkler.

“Kajian dan ujian telah pun dijalankan, cuma ketika itu dari segi hasilnya agak rendah iaitu antara 3 hingga 4 tan (sehektar) sahaja,” kata Perdana Menteri semasa Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada komuniti di Endau, Mersing, Johor hari ini.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, justeru beliau berharap MOSTI dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dapat bekerjasama menjalankan kajian agar benih padi jenis berkenaan mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak.

Kata beliau, jika usaha terserbu berjaya, hasil pengeluarannya sudah tentu lebih tinggi dan dapat memberi keuntungan kepada petani.

Mengenai benih IS21, Perdana Menteri berkata, ia merupakan benih padi baharu berteknologi tinggi yang telah dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia dan dilancarkan pada November tahun lalu di Sekinchan, Selangor.

“Alhamdulillah, para pesawah dan petani yang telah menggunakan padi benih IS21 ini telah memberi maklum balas positif.

“Lebih istimewa, kos pengurusan sawah juga telah dapat dikurangkan memandangkan penanaman padi jenis ini tidak memerlukan penggunaan baja yang banyak,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan maklum balas tersebut, beliau percaya jika dilebar luas penggunaan benih padi IS21 di Endau, para pesawah dan petani juga akan dapat menikmati manfaat daripada segi peningkatan pendapatan dan seterusnya taraf hidup mereka.

Beliau berkata, benih padi IS21 tersebut mempunyai daya tahan tinggi terhadap cuaca ekstrem dan mempunyai daya rintang terhadap beberapa penyakit padi yang sering merugikan pesawah.

“Selain itu, baka padi IS21 ini juga berpotensi menghasilkan padi sehingga 9 tan sehektar mengikut kawasan penanaman dan amalan kultura pesawah jika diurus dengan baik mengikut garis panduan yang
disyorkan,” kata Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan