Sunday, June 14, 2026

Gempa di Sumatera Barat, gegaran dirasai di Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GEMPA bumi kuat 6.7 magnitud melanda Sumatera Barat, Indonesia pada 5.09 pagi tadi turut dirasai gegarannya sehingga ke Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 89 kilometer (km) barat laut Pulau Siberut kira-kira 200 km dari Padang dengan kedalaman 10km.

“Gegaran dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, satu lagi dengan berukuran 5.7 pada skala Richter turut berlaku pada pukul 5.38 pagi, 79 km dari Pulau Siberut namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan