24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

389 kluster aktif COVID-19, catat sedikit penurunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kluster aktif COVID-19 semalam adalah sebanyak 389 kluster, sedikit menurun berbanding 395 kluster yang direkodkan kelmarin.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, terdapat peningkatan enam kluster dilaporkan menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,881 kluster.

“Daripada laporan yang sama, jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 6,492 kluster,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kes harian, Dr Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan 384 kes berbanding kelmarin, 367 kes.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan sedikit peningkatan kepada 222 kes berbanding kelmarin, 211 kes.

Advertisements

Beliau berkata, sebanyak 185 kes daripada 22,535 kes positif COVID-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 22,350 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua. 

“Bagi 185 kes kategori tiga, empat dan lima, 39 kes atau 21.08 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 88 kes atau 47.57 peratus telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 58 kes atau 31.35 peratus telah menerima dos penggalak. 

“Selain itu, 109 kes atau 58.92 peratus berumur 60 tahun dan ke atas dan 53 kes atau 28.65 peratus mempunyai komorbid,” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif COVID-19 apabila merekodkan sebanyak 22,535 kes positif berbanding kelmarin, 26,250 kes sekali gus mengatasi 25,356 kes sembuh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan