27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Dr Noor Hisham kembali bertugas di hospital

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kembali bertugas di Institut Endokrin Hospital Putrajaya.

Mengumumkan perkara itu, Dr Noor Hisham berkata, beliau akan memberikan khidmatnya di blilik pembedahan pada setiap hari Isnin.

Sementara, pada setiap hari Selasa pula, beliau akan memberikan konsultansi di klinik.

“Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dalam hantaran itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, Institut Endokrin berkenaan meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil merangkumi Unit Rawatan Rapi ICU (dewasa 10 katil, pediatrik 8 katil) serta Dewan Bedah Hibrid (Neuro-Endokrin Berintegrasi).

Tidak ketinggalan, jelas beliau, terdapat empat dewan bedah telah mula beroperasi pada minggu lepas.

Advertisements

“Pada pagi ini saya sempat bersama dengan pakar bedah neuro, Datuk Dr Nasser Abdul Wahab dan pasukannya di Dewan Bedah 1, Insititut Endokrin Hospital Putrajaya.

“Insititut Endokrin Hospital Putrajaya amat bertuah mendapat seorang pakar bedah neuro bersama pasukannya untuk melaksanakan kes-kes pembedahan neuro-endokrin dan pembedahan neuro-am.

“Syabas kepada kepimpinan beliau dalam memajukan pembedahan neuro di Hospital Putrajaya. Semoga segala urusan pembedahan dipermudahkan. Insha-Allah,”katanya.

Dr Noor Hisham bersara wajib sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 19 April lalu selepas 35 tahun mencurahkan khidmat dalam sektor kesihatan awam negara.

Beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah sejak 2013 dan sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik COVID-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan