30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 18, 2025

Katil wad ICU Covid-19 di Putrajaya sudah penuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGGUNAAN katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi merawat Covid-19 di Putrajaya telah digunakan sepenuhnya manakala lima negeri lain pula telah mencapai lebih 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima negeri tersebut ialah Kelantan dengan 75 peratus, Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 73 peratus, Selangor (58 peratus) serta Perlis sebanyak 55 peratus.

“Bagi katil bukan ICU, katanya, terdapat 12 negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 50 peratus.

“Negeri berkenaan adalah Selangor sebanyak 108 peratus, Kuala Lumpur (98 peratus), Putrajaya (92 peratus), Terengganu (91 peratus), Perak (89 peratus), Perlis (88 peratus).

“Selain itu, Sarawak sebanyak 81 peratus, Melaka (80 peratus), Kelantan (76 peratus) , Johor (61 peratus), Pulau Pinang (60 peratus) dan Pahang serta Terengganu (57 peratus),” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tiada negeri mencatatkan peratusan pengisian lebih 50 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Menurutnya, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) juga meningkat kepada 222 pesakit dan peratusan penggunaan bantuan itu adalah 25 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19

Advertisements

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, menurut data COVIDNOW, sebanyak 2,837,197 individu atau 91.2 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, setakat semalam.

Seramai 2,937,206 individu atau 94.4 peratus daripada kumpulan itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, seramai 1,167,019 individu atau 32.9 peratus menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Dalam pada itu, bagi populasi dewasa, sejumlah 15,280,702 individu atau 64.9 peratus telah menerima dos penggalak COVID-19 manakala sejumlah 22,934,957 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 23,211,514 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 45,025 dos vaksin diberikan meliputi 23,489 dos pertama, 1,349 dos kedua dan 20,187 dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,159,756. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kepimpinan, pengalaman Siti Fadilah mampu perkasa IRM

KEPIMPINAN dan pengalaman yang dimiliki oleh Siti Fadilah Mohd Hood diyakini mampu memperkasa Islamic Relief Malaysia (IRM) bagi mencapai...

Lagi Artikel Berkaitan