33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Dua negeri sahaja rekod pengisian katil ICU lebihi 50 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA dua negeri sahaja yang merekodkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit COVID-19 melebihi 50 peratus setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan Kuala Lumpur dengan 63 peratus dan Selangor (52 peratus).

“Bagi katil bukan ICU, katanya, terdapat lima negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 50 peratus.

“Negeri berkenaan adalah Putrajaya sebanyak 87 peratus, Selangor (73 peratus), Kuala Lumpur (56 peratus), Terengganu (53 peratus) dan Melaka (51 peratus).

“Tiada negeri merekodkan peratusan pengisian lebih 50 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC),”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula meningkat kepada 187 pesakit dan peratusan penggunaan bantuan itu adalah 21 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh semalam mencatatkan sebanyak 26,171 kes, sekali gus melepasi jangkitan baharu dengan jumlah keseluruhan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,870,937 kes.

“Daripada jangkitan baharu COVID-19, 16,863 kes semalam, 100 kes daripadanya melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

“Mmengikut pecahan, kategori satu sebanyak 8,652 kes (51.31 peratus), kategori dua sebanyak 8,111 kes (48.10 peratus), kategori tiga sebanyak 48 kes (0.28 peratus), kategori empat sebanyak 29 kes (0.17 peratus) dan kategori lima 23 kes (0.14 peratus).

“Daripada 100 kes kategori tiga, empat dan lima, 30 kes (30.00 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 44 kes (44.00 peratus) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster) dan 26 kes (26.00 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 69 kes (69 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 63 kes (63 peratus) mempunyai komorbid,”katanya.- Edisi 9

Terkini

Agong murka isu stoking tertera kalimah Allah

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di...

Lagi Artikel Berkaitan