34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

22,535 kes positif semalam, 361 kes import

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes harian COVID -19 semalam mencatatkan penurunan dengan 22,535 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 3,823,571 kes.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 361 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Selangor merekodkan penularan jangkitan tertinggi dengan 5,345 kes.

Diikuti, Kedah (2,332 kes), Johor (1,973 kes), Kuala Lumpur (1,594 kes), Negeri Sembilan (1,950 kes), Pulau Pinang (1,548 kes), Sarawak (1,354 kes), Pahang (1,352 kes), Perak (1,292 kes) dan Terengganu (1,039 kes).

Seterusnya, Kelantan (1,005 kes), Sabah (845 kes), Melaka (563 kes), Labuan (133 kes), Putrajaya (121 kes) dan Perlis (89 kes).

Dalam masa sama, sebanyak 87 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,807 kes serta sebanyak 25 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,043 kes.

Menerusi data yang sama, sebanyak 320,876 kes aktif dilaporkan melibatkan 309,214 kes dikuarantin di rumah, 2,574 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara, 8,704 kes di hospital, 162 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 222 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan