26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Laung bubar Parlimen: Akar umbi, jangan terlebih sudu dari kuah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AKAR umbi UMNO digesa untuk tidak berperangai terlebih sudu daripada kuah sebaliknya menghormati peranan dan keputusan pemimpin tertinggi UMNO berhubung apa-apa jua isu.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Mohd Neezam Abdul Aziz berkata, UMNO mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan.

Justeru, beliau menasihatkan akar umbi agar menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.

“Kemenangan kita di Johor (Pilihan Raya Negeri) sedikit tercalar berikutan insiden segelintir kecil penyokong Barisan Nasional yang tidak beradab kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa ketibaan beliau di Dewan Perhubungan UMNO Negeri, Johor Bahru.

“Hal ini jelas bercanggah dengan budaya UMNO. Parti keramat ini dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin. Jangan sesekali cuba untuk mengeruhkan permuafakatan parti dengan budaya tidak beradab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Neezam lagi, keputusan berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tertakluk kepada perbincangan pemimpin tertinggi UMNO termasuklah Perdana Menteri sendiri selaku Naib Presiden dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, beliau mewakili Pemuda UMNO Bahagian Pandan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional atas kemenangan besar dalam PRN Johor.

“Semoga kesemua pemimpin yang dilantik dapat melunaskan mandat yang diberikan rakyat,” katanya.

Malam tadi, laungan keramat BN tatkala menyambut kemenangan dalam pilihan raya yang kebiasaannya berbunyi Hidup Barisan Nasional namun dikejutkan dengan laungan “Bubar Parlimen”.

Laungan itu semakin kuat apabila Perdana Menteri berjalan melewati kumpulan penyokong yang bersedia menanti di perkarangan bangunan tersebut sejak awal.

Bubar Parlimen! Bubar Parlimen! Bubar Parlimen!” kembali berkumandang ketika PM Ismail Sabri berjalan melewati kumpulan penyokong berkenaan.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan