26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Fasa peralihan endemik: Sabah tunggu perincian SOP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAN Sabah akan menunggu perincian prosedur operasi standard (SOP) kebangsaan berhubung fasa peralihan endemik bermula 1 April ini, bagi memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 negeri melakukan penyelarasan.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana Sabah mungkin memerlukan sedikit penambahbaikan SOP.

“Ini mengambil kira negeri ini menerima ramai pelawat yang datang menaiki bot daripada dua negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia.

“Kita akan tunggu SOP kebangsaan diumumkan secara terperinci…kita mahu pastikan setiap pelawat antarabangsa yang datang ke Sabah sudah lengkap divaksin dan juga dos penggalak,” katanya melalui kenyataan hari ini, lapor BH Online.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata enam kluster pendidikan antara tujuh kluster COVID-19 yang diisytiharkan tamat di Sabah semalam.

Advertisements

Ia membabitkan Kluster Jalan Pertukangan (Sandakan), Kluster Teritipan (Kota Marudu), Kluster Lorong Api-Api (Kota Kinabalu), Kluster Jalan Sri Balung (Tawau), Kluster Jalan Pendidikan Ranau (Ranau) dan Kluster Sungai Batang Batu 10 (Sandakan).

Baki satu lagi membabitkan kluster berisiko tinggi iaitu Kluster Montenior di Beaufort.

“Penamatan tujuh kluster itu menjadikan baki 31 lagi kluster masih aktif di seluruh Sabah,” katanya.

Mengenai jumlah kes harian, beliau berkata, 1,216 kes baharu dicatatkan di negeri ini semalam menjadikan kumulatif 354,540 kes.

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan