28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Dos penggalak: Tiada tindakan undang-undang, ia bukan wajib – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“TIADA sebarang tindakan undang-undang akan diambil terhadap penerima vaksin Sinovac yang belum mendapatkan dos penggalak,”kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, ini kerana dari segi undang-undang, kerajaan tidak mewajibkan pengambilan vaksin kepada rakyat di negara ini.

“Tiada tindakan undang-undang… Ia bukan wajib dari segi undang-undang.

“Kalau ada pun, (individu tidak lengkap vaksin) tak dapat menikmati beberapa kelonggaran (seperti penerima) vaksin penuh.

“(Tidak mengambil dos penggalak) akan ada kesan (apabila dijangkiti COVID-19). Tetapi tidak wajib secara undang-undang.

“Kita masih lagi meyakinkan (masyarakat),” katanya dalam sidang media selepas Lawatan Kerja Rasmi ke Ibu Pejabat Kebangsaan, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, lapor Astro AWANI.

Semalam, Khairy berkata dianggarkan dua juta penerima vaksin jenis Sinovac yang tidak mengambil dos penggalak akan hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April ini.

Baca juga:   Mufti cadang KKM tangguh pemberian dos penggalak

Februari lalu, penerima Sinovac dan warga emas berusia 60 tahun ke atas diminta mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac dan mereka akan hilang status lengkap vaksinasi jika gagal berbuat demikian.

KKM kemudian melanjutkan tempoh sehingga 31 Mac 2022 bagi penerima vaksin Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan