28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tunku Azizah ziarah pasangan kembar siam pramatang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi pasangan kembar siam pramatang yang telah berjaya dipisahkan oleh pasukan Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Pengarah Hospital HTA, Dr. Shamsul Anuar Kamarudin, Timbalan Pengarah HTA, Dr. Marina Abdullah Sani dan Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Dato’ Dr. Zakaria Zahari.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook menyatakan pada lawatan tersebut juga, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa melawat bayi ‘Biliary atresia’ yang baru menjalani pembedahan pemindahan hati yang diterima daripada ayahnya.

“Seri Paduka Baginda mendoakan agar semua bayi tersebut berada dalam keadaan yang baik dan segera pulih serta dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain,” kongsinya hari ini.

20 Mac lalu, Edisi9 melaporkan Malaysia melakar sejarah pertama apabila kembar siam pramatang yang baru berusia 17 hari berjaya dipisahkan menerusi satu pembedahan dijalankan di HTA.

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, pembedahan ke atas bayi lelaki berkenaan seberat 2.7 kilogram itu terpaksa dilakukan segera disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’.

Advertisements

Menurutnya, pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan pada umur tiga hingga enam bulan.

“15 Mac lalu, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu telah diputuskan.Pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major.

“Kembar siam jenis ‘Omphalophagus’ ini didapati berkongsi bahagian hati (liver) dan organ-organ lain didapati normal,” katanya.

Bayi kembar berkenaan dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan sebelum kes dirujuk kepada HTA.

Seramai 13 pakar serta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak terlibat secara langsung bagi menjayakan pembedahan bersejarah itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan