30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Mawi Dalam Lautan Manusia buah tangan pertama Mawi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYANYI popular, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi, 41, tampil dengan buah tangan pertama berjudul Mawi Dalam Lautan Manusia.

Impian menghasilkan buku autobiografi sendiri menjadi kenyataan dan diterbitkan pada 15 Januari lalu. Buku terbitan Rabak Literature Publication (Rabak-Lit) dengan kerjasama Kafebuzz Media ini mula dijual secara pre-order pada 14 hingga 31 Januari lalu.

Bagi memudahkan peminat Mawi dari seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei membeli buku ini, ia juga dijual menerusi platform Shopee.

Mawi berkata, beliau mahu berkongsi cerita yang jarang disampaikan kepada khalayak seperti apa yang berlaku sebelum diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) hingga mengecapi pelbagai kejayaan hingga kini.

“Saya pernah hilang seketika dalam industri seni selepas mencapai suatu tahap populariti yang luar biasa. Ada sesuatu yang berlaku pada diri saya dan segalanya saya kongsikan dalam buku ini yang merupakan pengalaman sebenar sebagai artis popular.

Baca juga:   Bagai 'pak nujum' dalam politik

“Ramai yang nampak kehidupan artis popular suatu yang indah dan menyeronokkan tetapi tidak ramai tahu saya juga pernah melalui pengalaman hitam yang membuatkan saya menangis dan mencari diri saya sendiri,” katanya.

Tambahnya, meskipun pelbagai cerita mengenai Mawi sama ada kisah kerjaya seni mahupun kehidupan pernah disiarkan media sebelum ini sebaliknya, apa yang mahu disampaikan dalam karya hasil penulisan sulungnya ini berbeza.

Baca juga:   Bila badak makan anak

Penerbit Kafebuzz Media merangkap Editor Mawi Dalam Lautan Manusia, Elrafaei Sapi pula berkata pembikinan buku setebal 76 muka surat ini dirancang dengan teliti dari aspek kandungan, susun atur dan reka bentuk kulit buku.

“Buku Mawi Dalam Lautan Manusia bukan saja menjadi satu pencapaian peribadi buat Mawi sebagai selebriti popular yang berjaya dalam karier seni tetapi ia diterbitkan menjadi hadiah istimewa buat peminat untuk dijadikan koleksi peribadi.

“Jika dilihat pada kulit buku, ia memaparkan wajah Mawi di atas ribuan manusia seperti lautan.

Menurutnya, ia adalah metafora pada Mawi yang diminat ramai peminat selepas menjadi juara sebuah program realiti TV.

“Uniknya, gambar dan tulisan pada kulit buku ini timbul menerusi cetakan ‘Spot UV’,” katanya.

Buku Mawi Dalam Lautan Manusia dijual pada harga RM45 dan ia boleh dibeli menerusi Shopee termasuk kedai buku terpilih di seluruh negara iaitu Hasani Bookstores, Smo Bookstores, Men Men, Borders Bookstores, Bookcafe (online), Pustaka Arris dan Shaidani.

Baca juga:   Empat sekeluarga maut nahas dua kenderaan

-EDISI9

Terkini

Adi Putra diangkat ikon BN, bantu kempen PRU15 kelak

PELAKON utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra diangkat menjadi ikon Pemuda Barisan Nasional (BN). Perkara itu dimaklumkan...

Lagi Artikel Berkaitan