26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Covid-19: 101 kes kategori 3 hingga 5 belum terima dos penggalak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES harian Covid-19 tertinggi untuk tiga hari berturut-turut apabila 33,406 kes baharu direkodkan, semalam.

Ia lebih tinggi berbanding 33,209 kes kelmarin dan 32,467 kes pada Khamis.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, angka jangkitan semalam menjadikan keseluruhan jumlah jangkitan yang direkodkan sejak wabak Covid-19 melanda negara pada Januari 2020 meningkat kepada 3,595,172 kes.

“Daripada keseluruhan kes harian baharu semalam, 33,064 adalah kes penularan tempatan dan 342 adalah kes import.

“Jumlah kes aktif meningkat kepada 311,206 kes termasuk 6,196 kes aktif baharu dicatatkan semalam, dengan 298,532 pesakit atau 95.9 peratus menjalankan kuarantin di rumah, manakala 3,588 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, seramai 8,715 pesakit kini mendapat rawatan di hospital dan daripada jumlah itu, 371 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 226 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Baca juga:   Rayuan BPR dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021

Menurut beliau, terdapat 214 kes Covid-19 membabitkan kategori tiga hingga lima di mana 60 kes tidak divaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi, 101 kes telah menerima dua dos tetapi belum menerima dos penggalak, 53 kes telah menerima dos penggalak, 96 kes berumur 60 tahun ke atas, 70 kes mempunyai komorbid dan satu kes membabitkan ibu mengandung.

“Bagi pengunaan katil ICU di seluruh negara, data COVIDNOW menunjukkan jumlah pengunaan keseluruhan melebihi 60 peratus dengan Kuala Lumpur mencatat penggunaan tertinggi iaitu 73.1 peratus (17 kes aktif), diikuti Johor (72.9 peratus dengan 35 kes aktif).

Baca juga:   Pertimbangkan bantuan 'one-off' RM500 kepada mahasiswa

Selain itu, Kelantan mencatat penggunaan 71.5 peratus dengan 30 kes aktif, manakala Putrajaya mencatat penggunaan 70 peratus dengan lima kes aktif.

-EDISI9

Terkini

PM jamin ambil tindakan agresif, selamatkan rakyat Malaysia

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia...

Lagi Artikel Berkaitan