27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Warga emas maut kereta rempuh kenderaan di parkir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga emas maut ketika menerima rawatan di hospital selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta lain yang berada di parkir di tepi jalan, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan kereta Peugeot 208 dan Toyota Corolla pada 6.17 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 1.30 tengah hari di Jalan SS 3/39.

“Mangsa berusia 65 tahun memandu Peugeot 208 yang melalui tempat kejadian hilang kawalan lalu melanggar kereta Toyota Corolla Altis yang di parkir tepi jalan.

“Dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca sebenar kemalangan dan kematian.

Sehubungan itu, polis memohon mana-mana saksi yang melihat kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan.

“Saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor R Navalan ditalian 014-2536820 untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat dan polis sedang menunggu keputusan mengenai punca sebenar kematian.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan