25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM didekati anak kecil menangis terkenang arwah ayah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didekati seorang anak kecil, Nurul Najwa yang sedang menangis teresak-esak dan meminta untuk bergambar bersama dalam sebuah program di Johor Bahru semalam.

Lebih mengejutkan lagi, kanak-kanak berkenaan teringat akan arwah ayahnya apabila melihat beliau.

Menurut Perdana Menteri dalam perkongsian terbaharu di Facebook, beliau menenangkan Nurul Najwa dan memberi kata-kata semangat supaya Nurul Najwa tabah menghadapi setiap ujian yang mendatang.

“Walaupun Nurul Najwa masih kecil, saya bangga melihat kekuatan beliau.

“Kasih ibu hingga ke syurga.. Kasih bapa tiada penghujungnya… Belajar rajin-rajin ya Nurul Najwa. Semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat,” kongsinya hari ini.

Dalam hantaran malam tadi, seramai 10 orang anak-anak menerima sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia di Johor Bahru.

Menurut Ismail Sabri, ada di antara mereka yang kematian ibu bapa dan sudah tidak ada tempat bergantung lagi.

“Sebagai sebuah Keluarga Malaysia, kita lah yang perlu menyokong mereka.

“Pihak Yayasan Keluarga Malaysia bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga bantuan pendidikan sehingga tamat belajar.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan