28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

60 migran ditahan cuba ceroboh negara ikut jalan laut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (D3) Bukit Aman dalam satu Operasi Pintas telah berjaya menahan 60 migran, seorang tekong serta tiga pembantu tekong di kedudukan 1.7 batu nautika persisiran perairan Sungai Besar, Selangor, awal pagi tadi.

Kira-kira pukul 1 pagi itu, pasukan dengan menggunakan botronda PPM, RH 10 dan PSC 15, pasukan berkuasa telah berjaya memintas sebuah bot nelayan tempatan kelas B yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran dari Indonesia ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan (jalan laut).

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim, kesemua migran adalah wargenegara Indonesia yang mana mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah dan dipercayai baru masuk ke Malaysia melalui jalan laut.

“Selain itu, hasil maklumat awal mereka dikenakan bayaran untuk masuk ke Malaysia adalah 5 juta rupiah (RM1500) hingga 6 juta rupiah (RM1800) yang dibayar kepada ejen di Indonesia.

“Kesemua tangkapan, migran serta rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Shamsol memberi amaran dan menasihati pemilik pemilik bot nelayan tempatan untuk memantau aktiviti dan pergerakan tekong-tekong bot mereka agar tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah yang mengakibatkan kerugian yang besar terhadap pemilik ekoran daripada sitaan terhadap bot-bot nelayan terbabit.

Selain itu menurut beliau, pemilik bot juga boleh berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal mengemukakan bukti tiada pembabitan dalam penyeludupan migran.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan