28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kuota haji, umrah rakyat Malaysia bakal diketahui minggu depan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

URUSAN berkaitan ibadat haji dan umrah akan dimuktamadkan selepas pertemuan bersama wakil semua negara Islam dan kerajaan Arab Saudi yang dijadualkan pada 18 Mac ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu sudah dimaklumkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melalui sepucuk surat, hujung minggu lalu.

Menurutnya, perbincangan menjurus ke arah berkaitan kuota haji termasuk prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh berada di Tanah Suci itu.

“Insya-Allah, saya baru sahaja dapat surat daripada Menteri Haji dan Umrah (Arab Saudi) dan ia bertujuan membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu. Beliau panggil semua negara, kebetulan Menteri (Haji dan Umrah) baru bertukar dan saya akan ke sana 18 Mac ini.

“Semua butiran lanjut hasil pertemuan itu kita akan maklumkan, ini termasuklah hal berkaitan kuota haji juga kita bincangkan dalam pertemuan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Fikri di Kuantan, Pahang hari ini.

Advertisements

Ujar Idris lagi, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi turut mengumumkan kelonggaran untuk tidak lagi mewajibkan permit bagi ziarah dan solat di Masjidilharam dan Masjid Nabawi yang bermula semalam.

“Bagaimanapun, tiada perubahan untuk permit umrah dan ziarah Raudhah. Ia masih diwajibkan seperti syarat tertera dalam aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya juga menamatkan arahan penjarakan fizikal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi namun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.

Selain itu, kanak-kanak di bawah lima tahun turut dibenarkan memasuki pekarangan kedua-dua masjid itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan