34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

27,435 kes positif, menurun berbanding tiga hari sebelum ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes positif harian COVID -19 negara mula menunjukkan penurunan apabila sebanyak 27,435 kes dilaporkan semalam.

Jumlah kes positif baharu yang dilaporkan semalam itu menunjukkan penurunan berbanding empat hari kebelakangan ini apabila sebanyak 33,406 kes dilaporkan kelmarin, 33,209 kes pada 4 Mac, 32,467 kes pada 3 Mac dan 27,500 kes positif pada 2 Mac lalu.

Berdasarkan laman web CovidNow hari ini, sebanyak 254 kes positif dilaporkan semalam merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-29 negara mencecah 3,622,607 kes.

Mengikut pecahan kes yang dilaporkan di seluruh negara, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 7,453 kes.

Diikuti, Kuala Lumpur (2,584 kes), Kedah (2,901 kes), Johor (2,212 kes), Pulau Pinang (2,270 kes), Sabah (2,101 kes), Pahang (1,522 kes), Negeri Sembilan (1,581 kes) dan Kelantan (1,517 kes).

Seterusnya Perak (1,438 kes), Sarawak (1,184 kes), Terengganu (869 kes), Melaka (719 kes), Labuan (254 kes), Perlis (240 kes) dan Putrajaya (151 kes).

Dalam pada itu, sebanyak 55 kes kematian akibat COVID-19dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,228 kes serta sebanyak 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,869 kes.

Sebanyak 308,251 kes aktif dilaporkan melibatkan 295,704 kes dikuarantin di rumah, 3,510 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara, 8,658 kes di hospital, 163 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 216 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan