25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Senaraikan Covid-19 sebagai penyakit berjangkit dalam pekeliling

Bagi melayakkan ibu bapa dapat cuti kuarantin bagi menguruskan anak-anak yang positif penyakit itu - CUEPACS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN diminta mempertimbangkan untuk menyenaraikan COVID-19 sebagai penyakit berjangkit dalam Pekeliling Perkhidmatan bagi melayakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti wabak tersebut menggunakan kemudahan cuti kuarantin bagi menguruskan anak mereka.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata langkah itu, bagi membolehkan ibu bapa khususnya yang menjadi kontak rapat tanpa gejala dan telah menerima dos penggalak mendapat kemudahan lima hari cuti kuarantin tersebut.

“Ini kerana, mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), individu dalam kategori itu tidak perlu menjalani kuarantin manakala berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016, kemudahan cuti kuarantin ini hanya diberikan kepada ibu bapa yang anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit antaranya penyakit tangan, kaki dan mulut, demam denggi, cacar air (chickenpox) dan malaria, tidak termasuk COVID-19.

“Dalam hal ini, mereka tidak boleh hantar anak ke pengasuh, ini menjadi kesukaran untuk menguruskan anak-anak mereka jadi, Cuepacs minta agar cuti kuarantin ini diberikan kepada salah seorang sama ada ibu atau bapa untuk jaga anak mereka sehingga sihat sepenuhnya.

Baca juga:   Kompaun maksimum RM50,000 keterlaluan - Ismail Sabri

“Kalau tidak diberikan cuti kuarantin ini, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan boleh mempertimbangkan untuk memberi kemudahan bekerja dari rumah dan kembali bertugas lima hari kemudiannya,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, Cuepacs mengambil maklum kepentingan penjawat awam untuk terus berada di lapangan atau pejabat kerana situasi ketika ini menuntut mereka sebagai pelaksana untuk bertugas bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Baca juga:   Ayob nafi dakwa pegawai polis terlibat sindiket dadah

“Jadi ketua-ketua perkhidmatan perlu bijak mengurus dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas oleh kerana jangkitan masih berlaku tetapi dalam masa yang sama sistem penyampaian tidak boleh terhenti begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor meminta kerajaan ketika mengumumkan sesuatu SOP perlu lebih jelas bagi memastikan majikan tidak mengambil kesempatan atas permasalahan berkaitan COVID-19 yang menimpa pekerja mereka.

Beliau berkata, berdasarkan Akta Kerja 1955 tidak menyatakan secara jelas bahawa kontak rapat layak mendapat cuti sakit bergaji sebaliknya hanya dinyatakan secara am bahawa mereka yang perlu menjalani kuarantin COVID-19, layak mendapat cuti sakit bergaji.

“Apabila perkara ini tidak jelas, majikan mengambil peluang sekali gus menggunakan apa yang ada dalam undang-undang atau persetujuan perjanjian antara syarikat dan pekerja…dan di sinilah kita dengar ada majikan tidak bayar gaji, menolak cuti tahunan bagi kontak rapat jika tidak hadir bekerja dan sebagainya,”katanya.

Baca juga:   Tangani segera isu pegawai perubatan kontrak - CUEPACS

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan