34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

LTAT catat dividen 4.1 peratus, tertinggi sejak 2018

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan dividen 4.1 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, catatan dividen berkenaan merupakan yang tertinggi sejak 2018.

“Tahniah MINDEF (Kementerian Pertahanan) dan LTAT! Kongsinya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Ismail Sabri yang juga merupakan bekas Menteri Kanan Pertahanan berharap agar MINDEF di bawah pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), LTAT dan semua stakeholders kekal bekerjasama demi kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan anggota veteran ATM serta ahli keluarga mereka.

Sementara itu, LTAT menerusi satu hantaran di Facebook berkongsikan kadar dividen 2021 sebanyak 4.1 peratus dengan jumlah agihan dividen RM379.4 juta.

Tahun lalu, LTAT mengumumkan pembayaran dividen 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, meningkat daripada 2.5 peratus pada 2019.

Untuk rekod, LTAT ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 sebagai badan berkanun di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973.

LTAT menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.

LTAT berusaha untuk menjadi organisasi dana pencen bertaraf dunia untuk merealisasikan aspirasi persaraan anggota tentera.

Di bawah skim LTAT, pencarum dikehendaki mencarum 10 peratus daripada gaji bulanan dan Kerajaan akan mencarum sebanyak 15 peratus sebagai majikan kepada LTAT.

Di bawah skim simpanan bagi pencarum sukarela, simpanan dibenarkan sekurang-kurangnya RM25 sebulan sehingga had maksimum RM2,000 sebulan.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan