24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PRN Johor: 10 kertas siasatan dibuka khianat poster, sepanduk

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS membuka 10 kertas siasatan bagi kes khianat membabitkan poster dan sepanduk parti politik sejak penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sehingga kini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata, kesemua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, secara keseluruhannya sejak penamaan calon hingga semalam, sebanyak 152 laporan polis telah diterima.

“Kesalahan lain yang dikesan ialah ceramah tanpa permit, khianat dengan api serta hantaran Facebook yang membangkit kemarahan dan berbaur lucah serta membangkitkan perasaan jahat atau permusuhan.

“Turut disiasat perbuatan melakukan kecederaan, ceramah tanpa permit dan pelanggaran SOP, berkempen tanpa patuhi batasan, hantaran media sosial berbaur fitnah dan ketidakpatuhan SOP dan perbuatan yang mungkin merebakkan wabak COVID-19,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Menurut beliau, kesalahan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sementara itu, dalam perkembangan PRN Johor, polis telah meluluskan sebanyak 1,411 permit bagi ceramah dan kempen sejak hari penamaan calon sehingga kini.

Advertisements

Menurutnya, bagi tempoh sama, pihaknya menolak enam permohonan yang dibuat oleh parti politik bertanding.

“Antara faktor permohonan itu ditolak adalah bagi mengelakkan berlaku perselisihan kerana lokasi tidak sesuai dan lain-lain faktor.

“Mana-mana parti boleh memohon permit dan kita tiada masalah untuk meluluskannya asalkan menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut beliau, polis juga akan menghantar pasukan pemantauan ke lokasi ceramah bagi memastikan tidak ada perkara tidak diingini berlaku.

“Setakat ini, belum ada sebarang insiden kekecohan yang berlaku di mana-mana ceramah dan kita berharap petugas parti dapat meneruskan kempen secara berhemah.

Kamarul Zaman berkata, sepanjang PRN Johor berjalan, seramai 806 pegawai dan anggota siasatan jenayah ditugaskan di lapangan untuk menjaga keselamatan bagi memastikan kelancaran proses demokrasi terbabit.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan