31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

25,552 kes sembuh atasi kes positif harian semalam

Sebanyak 220,872 kes aktif dikesan dengan sebilangan besar menjalani isolasi di rumah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 25,552 kes sembuh dilaporkan sekaligus mengatasi 13,336 kes positif COVID-19 semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, dengan pertambahan kes sembuh berkenaan menyumbang kepada sejumlah 3,896,489 kes pulih di negara ini.

Ketika ini, sebanyak 220,872 kes aktif dikesan dengan sebilangan besar menjalani isolasi di rumah iaitu seramai 214,723 pesakit.

Bilangan pesakit COVID-19 yang menjalani rawatan di Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) menjadi tiga angka semalam, dengan sebanyak 873 kes manakala 4,988 kes lagi dirawat di hospital.

Sementara itu, menerusi data yang sama memaklumkan, sebanyak 15,668,773 individu dewasa atau 66.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini sudah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Sejumlah 22,950,073 atau 97.5 peratus daripada populasi sama sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,226,244 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,849,642 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,946,672 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, untuk populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sejumlah 1,315,497 individu atau 37.1 peratus kumpulan itu sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Semalam, sebanyak 41,287 dos vaksin diberikan membabitkan 4,360 suntikan pertama, 1,684 suntikan lengkap dan 35,243 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 68,745,333 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 54 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Selangor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 13 kes diikuti Perak (sembilan), Kuala Lumpur (lapan), Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing lima kes.

Johor, Sarawak dan Terengganu pula masing-masing mencatat tiga kes, Kelantan dan Melaka masing-masing dua kes manakala Pulau Pinang satu kes.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan