27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kerajaan wajar kaji rasional penerusan daftar MySejahtera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN wajar memutuskan rasional penerusan pendaftaran melalui MySejahtera dan kewajipan pengaktifan MySJTrace susulan Malaysia akan memasuki fasa endemik mulai 1 April 2021.

Jelas, Datuk Seri Mohamad Hasan, rakyat Malaysia tidak boleh selamanya dibebani dengan mekanisme ‘surveillance’ yang secara langsung, mencerobohi privasi dalam pergerakan dan kehidupan seharian mereka. Tentukan lah tempoh masa, sebelum semua ini boleh kita hentikan, demi normalisasi kehidupan rakyat Malaysia sama seperti sebelum pandemik.

“Ketelusan dalam semua perkara ini adalah sangat penting, dalam mengukuhkan keyakinan rakyat tentang plan Kerajaan dalam melebarkan aplikasi MySejahtera dari fungsi asalnya,” katanya menerusi perkongsian hantaran di Facebook beliau.

Beliau berkata, Aplikasi MySejahtera dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia bagi tujuan pengawasan penularan wabak COVID-19.

“Alhamdullilah, ia adalah aplikasi yang sangat membantu dan bermanfaat.

“Bagaimanapun, laporan perlantikan entiti persendirian, MySJ Sdn. Bhd. sebagai syarikat yang akan menguruskan applikasi MySejahtera untuk fasa seterusnya, adalah sesuatu yang membimbangkan.

“Walaupun KKM telahpun memberikan penjelasan, ada beberapa kekeliruan yang wajar dijelaskan.

“Terutamanya tentang perlantikan MySJ Sdn. Bhd. melalui mekanisme rundingan terus, dan bukannya melalui tender terbuka.

“Rakyat berhak mengetahui rasional dan motif serta kemampuan entiti yang terlibat.

“Apalagi kerana keputusan sebegini melibatkan pengurusan data peribadi dan maklumat kesihatan, pergerakan dan tren kehidupan puluhan juta rakyat Malaysia.

“Janganlah kita lupa bahawa aplikasi ini dibangunkan pada awalnya sebagai suatu tanggungjawab sosial korporat untuk mendepani pandemik yang menular.

“Apa-apa tujuan lain selain pengawalan pandemik memerlukan Kerajaan melakukan libaturus yang komprehensif dengan semua pemegang taruh, terutamanya rakyat Malaysia.

“Segala rencana menaik-taraf penggunaan aplikasi tersebut, bagi memudahan urusan pendermaan organ atau apa jua urusan kesihatan yang lain, walaupun bermanfaat, namun adalah tidak selari dengan tujuan asal pembangunan aplikasi tersebut.

“Dan sekiranya cadangan menaik taraf dan mempelbagaikan fungsi MySejahtera ini ingin dilakukan, mekanisme semak dan imbang sangat diperlukan bagi memastikan keutuhan maklumat peribadi rakyat Malaysia tidak dikompromi,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan