Saturday, June 13, 2026

Kenderaan berat tetap dilarang masuk bandar waktu puncak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KENDERAAN berat tetap dilarang memasuki pusat bandaraya Kuala Lumpur pada dua waktu puncak dan perlu mengikut jadual perjalanan yang sudah dikeluarkan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, mereka yang gagal mematuhi arahan ini boleh dikenakan notis kompaun mengikut peruntukan Undang- Undang Kecil Pengangkutan Bahan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1997.

Beliau berkata, dua waktu puncak itu membabitkan pagi dan petang.

“Pada sebelah pagi had masa itu ditetapkan dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.

“Manakala pada sebelah petang dari jam 4.30 petang hingga 7.30 malam.

“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) sudah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan larangan ini terus dipatuhi.

“Langkah yang diambil seperti memaparkan masa larangan pada paparan Variable Message Sign ( VMS) yang terdapat di jalan masuk utama Kuala Lumpur selain meletakkan notis awam yang jelas kelihatan di lokasi strategik di jalan masuk utama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jalaluddin berkata, bagi memastikan larangan itu dipatuhi, penguatkuasaan turut dilaksanakan bersama rakan strategik DBKL iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ ) dan polis.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan