23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Pengecualian bayaran caj jalan ringankan beban rakyat Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberitahu keputusan pengecualian bayaran Caj Jalan (RC) RM20 bagi semua kenderaan persendirian pendaftaran Singapura yang memasuki Malaysia untuk tempoh tujuh hari mulai 1 April ini meringankan beban rakyat Johor yang berada di negara itu.

“Saya berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kerana bersetuju dengan pemohonan yang dibuat untuk pengecualian tersebut.

“Semoga pengumuman ini membantu meringankan sedikit beban Bangsa Johor dan rakyat Malaysia yang berada di Singapura apabila balik nanti,” katanya dalam Facebook beliau semalam.

Semalam, kerajaan mengumumkan memberi pengecualian bayaran RC RM20 bagi semua kenderaan persendirian pendaftaran Singapura yang memasuki Malaysia untuk tempoh tujuh hari mulai 1 April ini.

Ka Siong berkata, pengecualian itu bertujuan mengelak kesesakan di kedua-dua pintu masuk sempadan darat negara (Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar) sekiranya pengembara tidak mempunyai baki mencukupi atau kad Touch ‘n Go yang masih sah.

Baca juga:   Agensi bawah KDN siap siaga pembukaan sempadan

Keputusan itu turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan rakyat Singapura tidak dapat memasuki Malaysia untuk menambah nilai dalam kad Touch n’ Go mereka selain kad yang luput tempoh sah lakunya.

Bagaimanapun, katanya, semua pengembara diingatkan bahawa RC dikuatkuasakan semula mulai 8 April ini.

Sebelum ini, kedua-dua negara membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian Covid-19, termasuk ujian pra pelepasan dan semasa ketibaan mulai 1 April ini.-Edisi 9

Baca juga:   Covid-19: Bilangan syarikat baharu lebih tinggi berbanding ditutup

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan