29 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Graduan IPG perlu jadi pendidik berkualiti tinggi – Radzi Jidin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GRADUAN Institut Pendidikan Guru (IPG) diharap dapat menjadi seorang pendidik yang berkualiti tinggi.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkongsi harapan berkenaan dalam satu hantaran di Facebook semasa Istiadat Konvokesyen IPG Kementerian Pendidikan (KPM) Ke-11 yang berlangsung pagi tadi.

Menurut beliau, 885 graduan IPG semasa istiadat berkenaan merupakan sebahagian daripada 8,799 graduan yang telah menamatkan pengajian masing-masing pada tahun 2020 dan 2021.

“Graduan IPG seharusnya menjadi seorang pendidik yang berkualiti tinggi melalui usaha berterusan memperkasakan ilmu keguruan…”

“Ini antara harapan yang saya kongsikan bersama 885 graduan IPG semasa Istiadat Konvokesyen IPG KPM Ke-11 yang berlangsung pagi tadi.

“Kepada graduan yang telah mendapat penempatan di sekolah, manfaatkanlah ilmu yang dipelajari untuk mendidik anak-anak generasi pewaris negara dengan setulus hati, bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya hari ini.

Baca juga:   PIKAS: 230,000 pekerja sektor pembuatan terima dos pertama

Beliau turut menasihatkan graduan IPG untuk terus meneroka ilmu-ilmu baharu dan segera mengadaptasi persekitaran walaupun di mana ditempatkan untuk berkhidmat.

“Jadilah guru yang hebat untuk membentuk generasi yang lebih hebat bagi mewarisi negara pada masa hadapan.

“Saya juga berkongsi aspirasi KPM untuk melaksanakan konsep Sekolahku SEJAHTERA,” katanya.

Menurut beliau, sebagai seorang pendidik, sudah pasti graduan lepasan IPG perlu bersama-sama membantu pihak sekolah menerapkan nilai-nilai murni tersebut dan menjayakan usaha ini seiring matlamat membentuk kemenjadian murid yang berkualiti tinggi.

Baca juga:   Pemakaian pelitup muka di sekolah mengikut pilihan - KPM

“Tahniah kepada semua graduan IPG yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Tahniah juga kepada pengurusan IPG atas kejayaan penganjuran konvokesyen tahun ini.

“Selamat maju jaya semua,” katanya.-EDISI9

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan