27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Selamat kembali keluarga Malaysia – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara susulan pembukaan sempadan negara selaras dengan ‘Fasa Peralihan ke Endemik’ bermula hari ini.

Beliau turut berkongsikan perasaan gembiranya dan bersyukur apabila banyak hantaran di media sosial Keluarga Malaysia yang sangat gembira dapat pulang kembali ke Malaysia.

“Setelah hampir lebih dua tahun kita berperang dengan pandemik COVID-19 dan ada yang terpaksa berjauhan dari keluarga, hari ini 1 April 2022, Malaysia berjaya membuka sempadan negara.

“Selamat kembali ke tanah air, Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Ismail Sabri juga meluahkan kesyukuran kerana fasa fasa peralihan endemik telah membawa kegembiraan kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Saya amat bersyukur kerana fasa ini telah membawa kegembiraan kepada seluruh Keluarga Malaysia dan dapat menyatukan semula hubungan kasih sayang yang terpisah jauh termasuk rakyat kita di Singapura.

Tepat jam 12 tengah malam tadi, semua pintu sempadan antarabangsa Malaysia dibuka selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik yang berkuat kuasa hari ini.

Pembukaan sempadan itu menyaksikan rakyat Malaysia khususnya di Singapura, pulang ke tanah air, dan menyentuh emosi.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan