29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Wan Ahmad Fayhsal dilantik Timbalan Ketua Pemuda PN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilantik sebagai antara Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari melalui kenyataan media berhubung pembentukan Jawatankuasa Pemuda PN hari ini.

Selain itu, Timbalan Ketua Pemuda PN itu turut diwakili Kong Soon Choi dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jamain Sarudin dari Parti Maju Sabah (SAPP), Wong Chia Zhen dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Afnan Hamimi Taib Azamudden daripada Pas.

Menurut Ahmad Fadhli, ketetapan pelantikan jawatankuasa itu adalah berdasarkan peruntukan Fasal 23 Perlembagaan PN (Pindaan 2021).

Sementara itu, Muhd Khidhir Izaidin daripada Pas dilantik sebagai Setiausaha, Muhammad Faiz Rahmad daripada Bersatu pula sebagai Penolong Setiausaha jawatankuasa Pemuda PN itu.

Advertisements

Khairul Nadir Helmi Azhar daripada Pas juga dilantik sebagai Ketua Penerangan jawatankuasa Pemuda itu, manakala Syafiq Mohd Zin daripada Bersatu sebagai Bendahari.

Ahli jawatankuasa Pemuda PN itu juga merangkumi Mohd Hafez Sabri (Pas), Abqaree Fawwaz Abekan (Bersatu), Dexter Chin Chen Sang (SAPP), Prem Beachile Kitingan (STAR) dan Ir Ong Kean Sing (Gerakan), Hendri Hamsah (Pas) dan Khairul Amilin Abdullah Shukor (Bersatu).

Selain itu, Dr. Brister Mokujal (SAPP), Rizal Johari (STAR), Andy Tan Hum Wei (Gerakan), Dr. Siti Mastura Muhammad (Pas), Mohamad Syafiq Razkhi (Bersatu), Paul Chong Yaw Po (SAPP) dan Jess Joel Moriga (STAR).

Terdahulu, pada 27 Januari lalu, Ahmad Fadhli dilantik sebagai Ketua Pemuda PN yang baru menggantikan Khairil Nizam Khiruddin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan