27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ini rupanya formula Rafizi, OPR naik, anjur rumah terbuka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyindir kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) akan mendorong kerajaan berbelanja secara berhemat.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, kenyataan daripada menteri tersebut berbeza dengan tindakan dilakukan kerana hakikatnya kerajaan telah dilihat melakukan pembaziran dana menerusi penganjuran enam Rumah Terbuka Madani peringkat nasional.

“Itu belum campur lagi rumah terbuka kementerian, para pembesar negara Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun dikepalai politikus kedua-dua gabungan itu yang kalah PRU15,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Baru-baru ini, Rafizi menyatakan bahawa kos rumah terbuka berkenaan adalah lebih murah berbanding menganjurkan jamuan Aidilfitri di Putrajaya kerana kehadiran dan tanggungannya yang lebih rendah.

Ujar beliau, kerajaan hanya menanggung belanja sepenuhnya bagi jamuan di Kedah, Kelantan dan Terengganu sementara Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dikendalikan kerajaan negeri.

Advertisements

Jelasnya, kritikan pembangkang terhadap isu tersebut hanya merupakan satu modal politik yang dibawa mereka.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal turut menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berikrar untuk tidak mahu membazirkan duit kerajaan dengan menganjurkan sebarang majlis keramaian.

“Dulu lepas angkat sumpah ikrar janji tak nak buat, tapi hari ini lain pula. Apa sebenarnya kamu nak buat untuk rakyat? Cakap biarlah lurus. Jangan tipu sana, tipu sini. Kamu janji lain, buat lain.

“Ini bukan sifat Madani!,” tegas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan