25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Zahid pengerusikan mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra, Putrajaya.

Timbalan Perdana Menteri itu mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet itu berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di luar negara.

Perdana Menteri kini mengetuai Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dan Mesyuarat Berkaitan dijadual berlangsung dari 10 hingga 11 Mei di Labuan Najib, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Advertisements

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan industri serta Kementerian Ekonomi. 

Menurut Zambry, Anwar akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak.

Perdana Menteri juga dijadual mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan Asean Timur – Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan