30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes buli: Anggota terlibat boleh dibuang kerja

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja sekiranya anggotanya terlibat dalam kes buli pelatih seperti yang didakwa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara sebegitu bukan amalan yang baik dan tidak wajar dilakukan dan menjadi budaya dalam kalangan anggota.

“Bagaimanapun perkara sedemikian kadang-kadang berlaku, malah di peringkat sekolah rendah dan menengah ada juga kes buli. Saya berharap perkara ini elok dihentikan.

“Jika ia masih berlaku dan didapati ada anggota yang benar-benar terlibat dan tidak mengendahkan peraturan, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sehingga membolehkan dia dibuang kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira ATM, Jalan Padang Tembak hari ini.

Sebelum ini, polis menerima laporan  lagi pelatih mendakwa turut menjadi mangsa buli di pangkalan udara itu selepas seorang 

Bapa kepada seorang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan sebelum ini membuat laporan polis mendakwa anaknya dibuli di situ.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada 9 Mei lalu memberitahu, pihaknya menerima laporan empat lagi pelatih mendakwa turut menjadi mangsa buli di pangkalan udara itu.

Katanya, katanya polis telah merekodkan 10 keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, siasatan sedang dijalankan oleh kedua-dua pihak iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MINDEF.

“Kita akan lihat hasil daripada siasatan yang dibuat kerana kita tidak boleh terus menjurus kepada sesuatu perkara tanpa kita dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan