26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Busquet tinggalkan Barcelona akhir musim ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS 18 tahun menabur bakti di Barcelona, Sergio Busquet akhirnya mengucapkan selamat tinggal buat kelab Blaugrana itu apabila mengambil keputusan tidak melanjutkan kontraknya yang berakhir musim ini.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu memulakan karier di peringkat remaja bersama La Masia selama tiga musim sebelum mendapat tempat dalam skuad utama Barca di bawah Pep Guardiola.

Selama 15 tahun bersama pasukan utama, Busquet yang berperanan sebagai pemain tengah bertahan melakukan sebanyak 718 penampilan dan menjaringkan 19 gol untuk kelab.

Dalam tempoh itu, pemain berusia 34 tahun itu memenangi 31 trofi termasuk tiga kali Liga Juara Juara, La Liga (8 kali), Piala Kelab Dunia (3 kali), Piala Super Eropah (3 kali), Copa Del Rey (7 kali) dan Piala Super Sepanyol (7 kali).

Advertisements

Busquet dijangka akan turun beraksi menentang Espanyol dalam Derbi Catalan Ahad ini dan jika menang, itu bakal menjadi kejuaraan liga kesembilan diraih pemain tengah itu.

Pemain tengah itu dilaporkan bakal menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal bersama bekas rakan sepasukan, Lionel Messi akhir musim ini.

Keputusan Busquet meninggalkan Barca dibuat hanya selepas 24 jam bapa Messi, Jorge menafikan anaknya akan menyertai kelab Asia Barat itu.

Turut dikaitkan akan menyertai mereka adalah pemain pertahanan berpengalaman, Jordi Alba yang mana kontraknya di Barcelona akan berakhir pada 2024. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan