29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KKM nasihat elak guna khidmat perubatan estetik ‘door to door’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik terutama prosedur-prosedur invasif yang ditawarkan di rumah (door to door), hotel, spa atau salun kecantikan atau premis lain yang meragukan.

Pengarah Bahagian Amalan KKM, Dr Mohd Azman Yacob berkata, ini kerana prosedur-prosedur berkenaan berpotensi untuk menyebabkan komplikasi kesihatan, kecacatan serta kematian kepada pelanggan jika dikendalikan oleh individu yang tidak berkelayakan.

Menurut beliau, prosedur perubatan estetik juga mempunyai senarai kontraindikasi yang hanya boleh dikenal pasti oleh pengamal perubatan sahaja.

“KKM akan terus memantau dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas individu-individu yang melakukan kesalahan undang-undang dalam perkhidmatan kesihatan di negara ini, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat seperti Majlis Perubatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Neger dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan sebagainya.

“Perkhidmatan perubatan estetik hanya boleh diberikan oleh pengamal perubatan berdaftar yang bertauliah di premis yang berdaftar atau dilesenkan di bawah KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KKM berkongsikan peringatan berkenaan susulan laporan akhbar Harian Metro bertajuk ‘Igauan hidung senget” semalam.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Azman berkata, hanya pengamal perubatan berdaftar yang telah ditauliahkan dengan Letter of Credentialing & Privileging of Aesthetic Medical Practice (LP) sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan prosedur-prosedur perubatan estetik seperti pembedahan plastik termasuk rhinoplasty, alarplasty, liposuction, kelopak mata- blepharoplasty dan sebagainya), suntikan Botox dan Filler, Laser, High Intensity
Focused Ultrasound (HIFU) dan lain-lain lagi.

Advertisements

Menurut beliau, pengamal perubatan yang
ditauliahkan LCP in disenaraikan di dalam Daftar Kebangsaan (National Registry of Registered Medical Practitioner Practising Aesthetic Medical Practice) yang boleh dicapai melalui pautan https:/www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2118.

“Semua pengamal perubatan berdaftar ini hanya dibenarkan memberi perkhidmatan perubatan estetik di premis yang berdaftar atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586].

“Senarai premis tersebut boleh dicapai melalui patan www.medicalprac.moh.gov.my.

“(KKM) ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati apabila mendapatkan perkhidmatan perubatan estetik.

Sehubungan itu, sebarang aduan berkenaan perkhidmatan perubatan estetik boleh disalurkan kepada [email protected] atau [email protected]

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan