27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

KKM lulus penggunaan vaksin Covaxin untuk COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk vaksin COVID-19 Covaxin (Whole Virion, Inactivated Coronavirus (SARS-CoV-2) Vaccine) Suspension for Intramuscular Injection.

Vaksin COVID-19 COVAXIN® merupakan pemegang pendaftaran produk Averroes Pharmaceuticals Sdn. Bhd dengan pengilang daripada Bharat Biotech International Limited, India.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, persetujuan itu dicapai menerusi Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-369 yang telah bersidang pada hari ini.

Katanya, COVAXIN® digunakan untuk imunisasi aktif bagi mencegah COVID-19 yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 di kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Baca juga:   Kes sembuh catat rekod tertinggi, petanda positif

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit–risk balance) bagi vaksin tersebut kekal positif,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada vaksin bagi tujuan pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan kes baharu harian COVID-19, beliau berkata, jumlah jangkitan baharu COVID -19 negara terus melonjak kepada 19,090 kes hari ini.

Baca juga:   'Insya-Allah, vaccine works' - Dr Hana Hadzrami

“Dengan penambahan kes baharu tersebut, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,975,422 kes,” lkatanya.

Menurut beliau, daripada 19,090 kes hari ini, sebanyak 113 kes atau 0.59 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 18,977 kes atau 99.41 peratus kategori satu dan dua.

“Mengikut pecahan kategori pula, kategori satu sebanyak 4,898 kes (25.66 peratus), kategori dua sebanyak 14,079 kes (73.75 peratus), kategori tiga sebanyak 79 kes (0.41 peratus), kategori empat sebanyak 28 kes (0.15 peratus) dan kategori lima sebanyak enam kes (0.03 peratus).-Edisi 9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan