29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Tahun Baharu Cina: Khairy ingatkan buat ujian kendiri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan mereka yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina untuk melaksanakan ujian kendiri terutamanya melakukan aktiviti ziarah menziarahi.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sebagai satu tanggungjawab bersama.

“Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2022. Jangan lupa lakukan kit ujian pantas (RTK) antigen kendiri sebelum bermesra dengan sahabat dan saudara-mara.

“TRIIS (ujian saringan, melaporkan hasil ujian saringan, menjalani kuarantin, memaklumkan pada kontak rapat jika positif dan mendapatkan rawatan segera) tanggungjawab kita bersama.

“Semoga tahun harimau membawa kejayaan, kesejahteraan dan kebahagian untuk semua,” katanya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.

Terdahulu, KKM dalam ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan perayaan berkenaan mengingatkan walau dalam keriangan menyambut perayaan sewaktu pandemik Covid-19, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang menghidapi penyakit kronik.

Baca juga:   SOP lebih terperinci masjid, surau akan ditetapkan JAKIM

Oleh itu, KKM menasihati agar perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut dengan norma baharu seperti melakukan ujian saringan kendiri sebelum berkumpul dan berkunjung.

“Selain itu, menghadkan bilangan orang yang berkumpul secara fizikal; mengelakkan daripada berkumpul atau berkunjung jika tidak sihat, walaupun ujian saringan kendiri adalah negatif;
dan sentiasa memakai pelitup muka kecuali ketika menjamu selera.

Baca juga:   Roboh kuil isu undang-undang, bukan perkauman, agama, diskriminasi - MB

“Malah, dinasihatkan untuk menjaga penjarakan fizikal apabila bertemu dengan individu yang bukan ahli serumah dan memilih tempat bertemu dengan pengudaraan yang baik.

Menurut perkongsian KKM lagi, semua tingkap dan pintu perlu dibuka untuk meningkatkan pengudaraan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Peluang melanjutkan pengajian melalui APEL.C – MQA

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat berpeluang melanjutkan pengajian menerusi laluan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)...

Lagi Artikel Berkaitan