24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM rai warga emas Selangor King George V sempena perayaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee Fund sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada pusat jagaan berkenaan yang menjaga warga emas tersebut dengan amat baik.

“Garis wajah mereka menunjukkan pelbagai pengorbanan, namun terselit kasih sayang yang amat besar di sebalik senyuman.

“Kasihilah ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada. Kasih mereka tiada galang gantinya,” kongsinya hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri yang ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, mengenakan pakaian sedondon berwarna merah, tiba di pusat jagaan pada 11.05 pagi.

Advertisements

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun serta pemegang amanah merangkap Pengerusi Exco Selangor King George V Silver Jubilee Fund Datuk Seri Yong Seng Yeow.

Ismail Sabri dan isteri meluangkan masa kira-kira 40 minit beramah mesra bersama penghuni di situ yang terdiri daripada warga emas wanita dan turut memberi limau mandarin dan ang pow kepada penghuni rumah berkenaan.

Pusat jagaan yang beroperasi sejak 1937 itu, kini dihuni 33 warga emas wanita bujang berusia antara 65 hingga 100 tahun.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan