27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pasukan khas ditubuh siasat persaingan industri ayam, telur ayam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU pasukan khas ditubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat persaingan dalam industri ayam dan telur ayam secara menyeluruh seperti diarahkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) semalam.

Menurut MyCC, suruhanjaya itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk penalti maksimum dan tindakan tegas lain untuk memastikan penindasan sedemikian dihentikan demi kepentingan rakyat.

“MyCC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan kuasanya di bawah Akta Persaingan 2010 terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam sabotaj ekonomi.

“(Malah terhadap mana-mana pihak) yang mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat terutamanya semasa era pandemik ini dengan terlibat dalam kartel atau penyalahgunaan kuasa dominan kuasa atau aktiviti monopoli dalam ayam dan atau industri telur ayam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan selepas mempengerusi mesyuarat khas NACCOL mengarahkan MyCC membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur ayam.

Perdana Menteri turut memaklumkan, Kementerian Kewangan diminta mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam bagi menangani isu kenaikan harga bekalan makanan terbabit.

Mengulas lanjut, MyCC menambah, suruhanjaya itu sebagai agensi penguat kuasa yang diberi mandat melindungi proses persaingan, menyokong keputusan mesyuarat khas semalam dalam menyelesaikan isu kenaikan harga ayam dan telur ayam.-Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan