27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Padah ‘suka-suka’ biar cucu di ruang kargo pacuan empat roda

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya mengesan pemandu yang membawa dua kanak-kanak di ruangan kargo sebuah pacuan empat roda di lampu isyarat Simpang Tiga Jalan Jitra dekat Kubang Pasu, Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima satu rakaman video yang tular di laman media sosial itu pada pukul 2.26 petang semalam.

Menurutnya, rakaman berdurasi 26 saat tersebut memaparkan kenderaan jenis Toyota Hilux membawa dua penumpang kanak-kanak di ruang kargo belakang tanpa bertutup serta tanpa pengawasan orang dewasa yang boleh mendatangkan bahaya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di lampu isyarat Simpang Tiga Jalan Jitra berhampiran Balai Polis Jitra Lama.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu mengesan suspek seorang lelaki di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus Jitra pada pukul 3 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Baca juga:   Lima negeri beralih Fasa Empat mulai Isnin ini - Hishammuddin

Rodzi berkata, hasil siasatan suspek yang juga datuk kepada kedua-dua kanak-kanak itu mengaku memandu kenderaan tersebut sambil membiarkan dua cucu perempuan duduk di belakang hanya sekadar suka-suka.

Menurut beliau lagi, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Sebagai pengajaran bersama pihak polis menyeru agar ibu bapa mengambil iktibar daripada kejadian ini supaya lebih bertanggungjawab dengan keselamatan kanak-kanak,” katanya.

Baca juga:   Inspektor, koperal ditahan sertai parti liar di Kuching

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan